Rejim Zionis culik 30 penduduk Palestin di Tebing Barat.

Isnin, 25-11-2019 – Pada pagi selsa yang lalu, Rejim Zionis telah menculik seramai 30 orang penduduk Palestin di Baitulmaqdis dan Tebing Barat termasuk kanank-kanak.

Tentera negara haram Isral telah mengeluarkan kenyataan bahasa Rajim Zionis telah menculik 15 orang penduduk Palestin yang di label sebagai ‘yang dikehendaki’ di Tebing Barat.

Sumber tempatan di Ramallah berkata, tentera negara haram Israel telah menyerang kampung Deir Nidham dan menculik 2 orang kanak-kanak dari rumah mereka. Mereka berdua dikenalpasti sebagai Abdul-rahman Tamimi dan Ramez Tamimi. 

Tentera Zionis juga telah menyerang bandar Silwad di Ramallah dan menculik seorang bekas tahanan yang bernama Muhanad Shibrawi.
Manakala di al-Khalil, tentera Zionis telah menculik 2 orang kanak- kanak yang bernama Rousef Jawabreh dan Saleem Jawabreh bersama seorang lelaki yang bernama Baha Jawabreh semasa kempen tersebut di kem pelarian al-Arroub.

Di Nablus, dua orang bekas tahanan telah ditahan semula di rumah mereka di bandar tersebut. Mereka adalah Suleiman Abu Saliha dan Majd Azem.
Dua beradik dari keluarga Abu Zaina dan seorang pemuda bernama Husam al-Ghoul telah di culik dari rumah mereka di kem pelarian Jenin. Di Baitulmaqdis, 15 rakyat Palestin lagi ditahan semasa keganasan kempen polis negara haram Israel di daerah Issawiya.

Tujuh orang pemuda juga turut diberikan saman kerana menyoal di kempen yang sama di Issawiya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : hanafi