Tentera Israel serang nelayan Gaza

Isnin, 25-11-2019 – Tentera Zionis pada pagi Khamis lalu telah melepaskan tembakan mesingan ke arah nelayan Palestin dan bot mereka di utara perairan Gaza.

Sumber-sumber tempatan mengatakan bahawa kapal-kapal perang Israel telah melepaskan tembakan ke arah bot-bot nelayan di pinggiran pantai al-Sudaniya dan al-Waha di utara Gaza.

Mereka menambah bahawa bot-bot berkenaan telah mengejar beberapa bot nelayan, diiringi oleh tembakan yang bertubi-tubi, memaksa mereka untuk kembali ke darat.

Hampir setiap hari kapal-kapal perang Israel akan berada berhampiran nelayan Gaza, mengganggu mereka, menembak mereka, merosakkan bot mereka, dan membuat tangkapa, sehinggakan ada  nelayan yang adakalanya cedera atau terbunuh semasa serangan-serangan tembakan tersebut.

Di bawah perjanjian Oslo 1993, nelayan Palestin dibenarkan untuk menangkap ikan di kawasan sehingga 20 batu nautika dari pantai Gaza, tetapi semenjak itu Israel telah terus-menerus mengurangkan kawasan penangkapan secara beransur-ansur hingga lah ke tiga batu nautika, sebagai sebahagian daripada sekatannya di Gaza.

Nelayan dan kumpulan hak asasi manusia juga mengatakan bahawa sejak perang 2008-09 di Gaza, tentera Israel telah menguatkuasakan sempadan yang lebih dekat ke pantai.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul