Pemuda Palestin cedera ditembak tentera Israel di Al-Khalil.

Khamis, 28-11-2019 – Tentera rejim zionis Israel menembak cedera seorang pemuda Palestin di bandar Beit Umar, utara Kota Al-Khalil.

Kata aktivis, Mohammed Awad, anggota tentera rejim yang ditempatkan berdekatan petempatan haram Karmei Tzur telah melepaskan tembakkan ke arah pemuda itu menyebabkan mangsa yang dikenali sebagai Abdullah Abu Maria, 21 tahun cedera di bahagian punggung.

Jelas beliau lagi, mangsa kemudian dihantar ke hospital berdekatan untuk diberi rawatan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin