Mahkamah Israel sokong dakwaan Israel menentang Syeikh Salah

Khamis, 28-11-2019 – Mahkamah Majistret Israel di Haifa pada hari Ahad lalu mensabitkan Sheikh Ra’ed Salah atas kesalahan menghasut dan menyokong Gerakan Islam cawangan utara yang telah diharamkan.

Keputusan mahkamah belum lagi dikeluarkan terhadap Sheikh Salah berikutan sabitan tersebut.

Sheikh Salah, pejuang ternama Masjid Aqsa, dikelilingi oleh penyokong-penyokongnya ketika tiba di mahkamah pada hari Ahad, termasuk penggubal undang-undang dari Senarai Bersama empat parti yang kebanyakannya dari Arab. Berikutan keputusan tersebut, penyokong Salah melaungkan “Kami akan mengorbankan nyawa kami untuk Aqsa,” menurut laman web Ynet.

Salah adalah ketua Cawangan Utara Pergerakan Islam di Israel, yang telah diharamkan oleh Israel pada tahun 2015 atas dakwaan mempunyai hubungan dengan kumpulan penentang Palestin, di samping tuduhan-tuduhan lain.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul