Seruan Solidariti Untuk Tahanan Palestin Jumaat Ini

Jumaat, 29-11-2019 – Kesatuan Pemuda Intifada Palestin mengajak seluruh penduduk bangsa Palestin untuk turun dalam aksi kemarahan dan revolusi pada Jumaat esok sebagai bentuk solidariti terhadap para tahanan di dalam penjara  Israel. Ia juga sebagai bantahan terhadap kependudukan yang masih berlaku di wilayah jajahan.

Dalam sebuah pernyataan akhbar, kesatuan ini mengatakan, “Kami mengundang anda pada hari Jumaat bagi revolusi dan kemarahan di semua kampung, kem dan bandar-bandar  Palestin untuk memenuhi janji kita kepada para syuhada dari kalangan tawanan diantaranya ” Sami Abu Diak salah seorang pahlawan Intifada Al-Aqsa yang menginginkan mati dalam pelukan ibunya yang sederhana, tetapi penjajah merampas dari ibunya.

Beliau menambah, “Kami menyatakan bahawa Jumaat 29/11/2019 mendatang, bahawa kami tidak akan meninggalkan tahanan kami bersendirian di penjara. Kami juga menolak tindakan serangan di tanah kami oleh pemerintah Amerika Syarikat melalui legitimasi kependudukan di tanah kami tercinta”.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman