Hamas berkabung kematian Sami Abu Diak di penjara Israel

Jumaat, 29-11-2019 – Gerakan Hamas, pada Selasa berkabung kematian tahanan Palestin Sami Abu Diak, 36, di penjara Israel kerana kanser dan pengabaian rawatan perubatan.

Dalam satu kenyataan rasmi, Hamas menyatakan rejim Israel bertanggungjawab atas kematian Diak yang disebabkan oleh keadaan teruk,  dan tidak mendapat rawatan.

Hamas berkata polisi pengabaian rawatan ke atas para tahanan yang sakit di penjara Israel adalah jenayah kemanusiaan yang terang-terangan melanggar semua undang-undang antarabangsa.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati