4 Bekas Tahanan Peserta Mogok Lapar Dihantar Ke Hospital

Selasa, 03-12-2019 – Empat orang bekas tahanan yang melakukan mogok lapar dibawa ke hospital pada Khamis (28/11) kerana keadaan kesihatan mereka yang semakin teruk selepas melakukan mogok lapar.

Jurucakap Hamas Fawzi Barhoum menyatakan, Presiden Otoriti Palestin Mahmoud Abbas dan perdana menterinya bertanggung jawab penuh atas kejahatan nasional dan moral yang mengabaikan tuntutan mereka.

Bekas tahahan tersebut tidak diberikan keperluan asas untuk keperluan hidup dengan alasan melanggar undang-undang. 

Mereka telah melakukan aksi mogok lapar di  Ramallah, pusat bangunan Yasser Arafat selama 41 hari secara berturut-turut dan mereka melakukan mogok makan sejak 20 hari yang lalu, sementara mogok makan dan air serta ubat-ubatan selama tiga hari.

Pada hari Rabu (27/11) para bekas tahanan membawa peti jenazah dan tulisan surat wasiat bagi keluarga mereka. Mereka memperingatkan, jika pihak berkuasa terus mengabaikan tuntutan mereka maka akan terus melakukan mogok sehingga hak-hak mereka ditunaikan. 

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman