Tentera Israel musnahkan kediaman di bandar Asira Ash-Shamaliya di Tebing Barat.

Selasa, 03-12-2019 – Tentera rejim Zionis pada pagi Khamis lalu telah memusnahkan sebuah rumah penduduk Palestin di pekan Asira ash-Shamaliya, di utara Nablus.

Pegawai tempatan Ghassan Daghlas berkata bahawa sebuah jentolak yang diiringi oleh pasukan tentera menyerbu bandar tersebut dan telah merobohkan kediaman milik penduduk tempatan bernama Mu’amar Hamadneh.

Tindakan tersebut telah mencetuskan pertelingkahan antara pihak tentera dan belia tempatan yang berada berdekatan dengan rumah berkenaan, di mana kemudiannya pihak tentera melepaskan bom pegun dan gas pemedih mata secara bertalu-talu untuk menyuraikan orang ramai yang berang.

Beberapa orang belia lelaki dilaporkan mengalami kecederaan disebabkan pendedahan terhadap asap gas pemedih mata.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul