El-Misri: Pertemuan Abbas-Olmert, sejarah pengkhianatan negara.


Khamis, 20/09/07 –
Setiauasaha Agung Fraksi Hamas di Parlimen Palestin, Musyir El-Misri menyatakan, serangan Israel di kem al-Ain, Nablus kelmarin (18/9) adalah kesan
langsung dari pertemuan Abbas-Olmert.

Pernyataan ini diungkapkan Al-Misri dalam pernyataan akhbarnya kepada Quds Press.
Dalam pada itu, beliau meminta Presiden Palestin, Mahmud Abbas lebih mengutamakan rakyatnya daripada tunduk kepada pihak Israel.

Misri menganggap serangan Israel ke kem Al-Ain Nablus semakin menguatkan keyakinan tidak berertinya perundingan yang akan dihadiri Abbas November akan datang. Beliau menyebutkan, permusuhan yang terus menerus adalah akibat langsung dari beberapa pertemuan Presiden Abbas-Olmert. Ia semakin menguatkan keyakinan bahawa pertemuan tersebut tidak ada faedahnya dan perlawanan merupakan satu-satunya pilihan Palestin
untuk menjamin perjuangan menghadapi penjajahan, kerana Israel tidak faham bahasa kecuali bahasa kekuatan, perlawanan dan perang. Usaha apapun, sama ada serius atau tidak hanya akan menambah aksi terorismenya mereka.

Berlanjutnya pertemuan antara Abbas dan Olmert, ungkap Misri merupakan kejahatan besar yang tidak akan dimaafkan sejarah. Apa yang perlu dilakukan Abbas sekarang adalah berpaling kepada rakyat Palestin bersama perjuangannya daripada mengikuti
Olmert dan tawarannya. Terus menerus melakukan perundingan dan tawar-menawar dengan Israel merupakan pengkhianatan negara yang tidak akan dimaafkan rakyat Palestin dan sejarah.