PBB gesa Israel tinggalkan Bukit Golan

Isnin, 09-12-2019 – Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu telah menerima resolusi yang menuntut Israel untuk meninggalkan Bukit Golan di Syria.

Menurut sumber-sumber media, 91 negara telah mengundi memihak kepada resolusi itu, 9 menolak, dan 65 tidak mengundi.

Resolusi itu menyeru Israel untuk menarik diri dari semua wilayah Syria yang diduduki di Golan hingga ke sempadan yang telah ditetapkan pada 4 Jun 1967, dalam melaksanakan resolusi Majlis Keselamatan PBB mengenai hal ini.

Perhimpunan Agung PBB menyifatkan undang-undang yang diwartakan pada 14 Disember 1981, di mana Israel memperluaskan undang-undangnya ke kawasan Bukit Golan, sebagai “terbatal dan tidak sah.”

PBB sebelum ini telah menuntut dengan suara majoriti untuk Israel meninggalkan Bukit Golan yang dijajahi.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul