Haniyeh Sedia Bertemu Abbas.


Jumaat, 21/09/07 –

Perdana menteri yang dipecat, Ismail Haniyeh menegaskan kesediaannya untuk bertemu Presiden Palestin, Mahmoud Abbas bagi menamatkan konflik dalaman yang berlarutan sejak Hamas menguasai semenanjung Ghaza pada Jun lalu.

Haniyeh berkata di dalam satu kenyataan bahawa beliau telah memaklumkan kepada Putera Qatar, Sheikh Hamad bin Khalifah Al Thani, Presiden Sudan, Umar Hassan Al Bashir, Presiden Yaman, Ali Abdullah Salih dan Ketua Perisikan Am Mesir, Umar Sulaiman dalam perbualan telefon bahawa beliau “bersedia untuk duduk semeja dengan Abbas di mana-mana untuk berunding, bersefahaman serta menamatkan perpecahan yang berlaku sekarang di kalangan satu warga”.

Kenyataan tersebut menegaskan bahawa satu-satunya penyelesaian adalah berunding dan bersefahaman dan semua isu dan permasalahan boleh diselesaikan dan dibincang. Haniyeh mengulangi kata-kata aluannya terhadap semua cadangan dan pelan tindakan dari negara Arab bagi menamatkan konflik dalaman yang berlarutan.

Presiden Palestin sebelum ini telah menegaskan berulang kali kengganannya untuk mengadakan rundingan dengan Hamas sebelum situasi kembali seperti sperti dahulu iaitu sebelum Hamas menguasai Ghaza kira-kira tiga bulan lalu