Israel Puas Hati Kekuatan Tundukkan Lawan.


Jumaat, 21/09/07 –

Israel melahirkan rasa puas hati dengan apa yang disifatkan olehnya sebagai “kekuatan menundukkan lawan” ekoran pencerobohannya ke atas Lubnan pada Julai 2006 lalu yang mana ia merujuk kepada serangan udaranya baru-baru ini ke atas Syria. Namun, ia mengumumkan telah mengambil serius ke atas ugutan yang dikeluarkan Damsyik ke atasnya.

Di dalam temubual di radio umum, ketua perisikan tentera Isral, Jeneral Amos Yadlin menganggap Israel mengembalikan semula “kekuatan menundukkan lawannya” yang mempunyai kesan ke atas Syriadan Iran bermula saat ini”.

Radio tersebut yang disiarkan di dalam suruhanjaya hal ehwal luar dan pertahanan di parlimen menjelaskan bahawa “ia memberi petanda kepada serangan udara Israel ke atas Syria”.

Dalam pada itu, ketua suruhanjaya hubungan luar dan pertahanan di Knesset Israel, Tsahi Hanigbi menjelaskan bahawa kerajaan berpegang kepada dasar membisu ekoran peristiwa tersebut, cuma ia mengambil serius ke atas ugutan Syria.

Beliau menyatakan bahawa ketegangan dengan Syria membawa kepada peperangan antara Israel dan Hizbullah yang mana ramai orang menganggap Tel Aviv kalah. Tambahnya, “Syria menyangka kami lemah, maka mereka mula membeli senjata”.