Olmert Sedia Berunding Dengan Asad


Jumaat, 21/09/07 –Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert menjelaskan bahawa beliau menghormati Presiden Syria, Basyar Al Asad dan bersedia untuk mengadakan rundingan dengannya. Ia dinyatakan dalam kenyataan rasmi pertamanya selepas lebih sepuluh hari Syria menuduh Israel menceroboh ruang udara serta membedil wilayahnya.

Olmert berkata petang Isnin lalu kepada para pemberita, “kami bersedia untuk berbincang dengan Syria tanpa syarat”. Tambah beliau, “kami sanjungi pemimpin Syria itu serta dasar politik Syria. Mereka mempunyai masalah dalaman, namun ia bukan satu sebab yang menghalang daripada rundingan diadakan”.

Dalam pada itu, Hon, jurucakap Perdana Menteri Israel pula memandang sinis kenyataan tersebut dengan berkata, ia serupa sepertimana yang diperkatakan Olmert kerap kali sebelum ini.

Seorang pegawai di dalam kerajaan Israel memetik dari Olmert sebagai berkata, “beliau benar-benar berminat untuk mengadakan rundingan bersemuka dengan Syria”.

Presiden Syria, Basyar Al Asad mengumumkan kepada parlimen Syria Julai lalu bahawa Israel perlu mematuhi pengunduran penuh dari tanah tinggi Golan yang ditawannya 40 tahun lalu dalam peperangan yang berlangsung selama enam hari itu sebagai syarat asas sebelum memulakan rundingan damai.

Syria yang pernah mengumumkan sebelum ini bahawa ia ada hak untuk membalas ke atas percerobohan Israel itu, sama ada bila, dan di mana, telah menafikan laporan yang mengatakan Damsyik mungkin menerima bantuan nuclear daripada Korea Utara. Namun, Korea Utara menafikan sebarang kerjasama dengan Syria berhubung perkara tersebut.