Gaji Ahli Parlimen Hamas Disekat.


Jumaat, 21/09/07 –

Pemangku speaker parlimen, Ahmad Bahr mengumumkan, kerajaan pimpinan Salam Fayyad telah menyekat gaji ahli parlimen Pertubuhan Pejuang Islam (Hamas) di Semenanjung Ghaza.

Bahr yang merupakan ahli di dalam parlimen telah mengutuk Hamas di dalam satu kenyataan sambil menganggap pembekuan gaji ahli parlimen “adalah sesuatu yang pelik dan dikecam”. Ia adalah “kesinambungan dasar politik Fayyad untuk menyekat rezeki mereka.”

Presiden Palestin, Mahmoud Abbas telah mengumumkan bahawa kerajaaan perpaduan kebangsaan yang terbentuk berdasarkan perjanjian antara pertubuhan Hamas dan Fatah selepas perjanjian Mekah adalah dibubarkan. Sallam Fayyad dipilih sebagai perdana menteri kerajaan sementara. Fayyad telah membubarkan kerajaannya dan membentuk kerajaan baru. Kedua-dua kerajaan Fayyad itu tidak dibentangkan lagi di parlimen.

Dalam pada itu, Menteri Penerangan di dalam kerajaan Fayyad, Riyad Al Maliki enggan memperkatakan mengenai “pembekuan” gaji ahli parlimen Hamas di Ghaza. Beliau hanya sekadar menyatakan “kelewatan” pembayarannya. Beliau menegaskan, kelewatan tersebut adalah “ekoran penentangan dari kalangan ahli-ahli parlimen ini terhadap kerajaan yang mana kadang-kadang ia boleh membawa kepada pembunuhan”.