Hamas Cadang Gencatan Senjata.


Jumaat, 21/09/07 –
Timbalan Menteri Pertahanan Israel, Matan Filnay memberi syarat kepada Hamas supaya menghentikan bedilan roket ke atas penempatan Israel jika mahukan perjanjian gencatan senjata sambil menegaskan bahawa perkara itu tidak mungkindin akan dapat dicapai sekarang ini.

Beliau berkata kepada radio umum Israel tentang perlunya “tempoh percubaan dari seminggu atau 15 hari” bagi menghentikan aktiviti tersebut bagi membuat penilaian sama ada cadangan Hamas yang terus menerus membedil itu benar-benar serius.

Semalam, Hamas menyatakan ia menghormati perjanjian yang dimeterai pada November 2006 lalu oleh pihak berkuasa Palestin dan Israel. Ia juga menyatakan kebimbangannya terhadap pencerobohan Israel ke Ghaza sebagai membalas bedilan tersebut.

Pertubuhan itu menggesa briged-briged supaya tidak membedil roket ke atas pintu-pintu masuk antara Ghaza dan Israel. Jurucakap kerajaan yang dibubarkan, Tahir Nunu berkata, tujuannya adalah untuk membuka pintu masuk sempadan bagi kemasukan barang-barang, mengaktifkan aktiviti perdagangan dengan Ghaza serta memberi peluang kepada penduduk hidup dengan aman pada bulan Ramadhan.