Hamas Kritik Keputusan Israel.


Jumaat, 21/09/07 –
Pihak berkuasa kebangsaan Palestin menyuarakan kekesalannya terhadap keputusan Israel yang menganggap Ghaza sebagai “entity musuh” dan menyifatkan langkah itu sebagai penganiayaan, seterusnya akan menambahkan lagi penderitaan penduduk.

Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh presiden Palestin berkata, “keputusan kerajaan Israel telah meletakkan beban ke atas bahu rakyat Palestin dan ia tidak bertanggungjawab ke atasnya”

Pertubuhan Hamas pula menganggap keputusan tersebut sebagai “pengumuman perang” ke atas rakyat Palestin. Jurucakap Hamas, Fauzi Barhum berkata, pengumuman itu “adalah penerusan aktiviti keganasan dan jenayah Zionis terhadap rakyat kita”.

Kerajaan Palestin yang dibubarkan pimpinan Ismail Haniyeh juga menyifatkan keputusan Israel itu sebagai “hukuman beramai-ramai yang ditolak secara keseluruhannya”.

Dalam pada itu, Menteri Luar Mesir, Ahmad Abu Al Ghait telah mengutus surat kepada rakan sejawatnya dari Israel, Tsippi Levni bagi menyatakan bahawa Mesir menolak anggapan bahawa Ghaza adalah entity musuh.