Selamatkan Fathi Al-Karawi !


Selasa, 25/09/07 –Pertubuhan Nafha yang menguruskan banduan-banduan Palestin di penjara Israel telah menyeru semua pertubuhan-pertubuhan hak asasi manusia agar segera campur tangan bagi menyelamatkan nyawa MP Hamas, Fathi Al-Karawi selepas beliau pengsan dalam sel di penjara Magiddo, Israel.

Menurut tawanan-tawanan Palestin yang telah dibebaskan dari penjara tersebut baru-baru ini, MP Karawi, 48, telah dikejarkan ke Hospital Ramle selepas beliau tiba-tiba jatuh dalam sel tahanan dan dikurung dalam hospital tersebut selama empat hari.

Karawi adalah salah seorang daripada 45 pemimpin-pemimpin Hamas yang diculik oleh askar-askar IOF dan ditahan di penjara Israel lebih daripada setahun.

Keluarga Karawi menyatakan kebimbangan atas kesihatannya, terutama selepas pihak berkuasa Israel menolak untuk membenarkan mereka membuat lawatan ke penjara dan menolak untuk mendedahkan sebab-sebab sebenar beliau pengsan.