Israel desak PBB larang Hamas sertai pilihan raya


Selasa, 25/09/07 – Al-Quds: Beberapa sumber Israel menegaskan, Menteri Luarnya Tsevi Leveni kini sedang berusaha untuk terlibat dalam sidang-sidang Majlis Umum PBB dengan tujuan agar dapat mengeluarkan keputusan yang melarang Hamas ikutserta dalam pilihan raya parlimen atau presiden Palestin yang akan datang.

Leveni sampai di New York untuk menyertai sidang pembukaan Majlis Umum PBB kali ke62 dimana sejumlah menteri luar negara-negara Arab turut menyumbangkan idea berkenaan Hamas.

Seperti disiarkan oleh sumber Israel, langkah Leveni ini bertujuan untuk mendapatkan kesepakatan dunia antarabangsa terhadap larangan kepada fraksi-fraksi perlawanan bersenjata menyertai pilihan raya parlimen atau presiden atas dasar demokrasi dan membuat standard keterlibatan organisasi itu di setiap negara. Agenda sebenar Levini yang paling utama adalah bertujuan mencegah Hamas ikutserta dalam pilihan raya Palestin yang akan datang. Standard aturan yang akan diusulkan adalah “melarang penyertaan organisasi bersenjata dan organisasi perkauman dalam pilihan raya”.

Akhbar harian Israel, Haaretzl menyatakan, Levini akan melakukan beberapa pertemuan dengan Setiausaha Agung PBB, Ban KiMoon dan beberapa menteri luar termasuk dari negara Arab dan Islam untuk membuka ruang diplomasi dengan Israel.