Gaza Adalah Kawasan Yang Dijajah.


Rabu, 26/09/07 –Dr. Sami Abu Zuhri, jurucakap Hamas di Semenanjung Gaza telah mengesahkan Selasa lalu bahawa Semenanjung Gaza adalah sebuah wilayah Palestin yang diceroboh oleh kerajaan Israel dan bukan satu “entiti musuh” sepertimana yang Israel katakan serta ingin menyakinkan dunia mengenainya.

Beliau juga menerangkan yang pengisytiharan Israel bahawa Semenanjung Gaza merupakan satu “entiti musuh” hanya bermaksud untuk melegitimasikan serangan kerajaan Israel terhadapnya dan untuk menjustifikasikan apa-apa serangan di hadapan masyarakat antarabangsa.

Namun Abu Zuhri telah menggariskan bahawa mesej yang dihantar oleh kumpulan penentang rakyat Palestin untuk kerajaan Israel adalah amat jelas iaitu “setiap pencerobohan askar IOF di Semenanjung Gaza akan berhadapan dengan penentangan yang hebat dan belum pernah berlaku yang akan menyebabkan Israel terpaksa membayar dengan harga yang tinggi”.

Pergerakan Hamas dan puak-puak penentang Palestin yang lain telah melaksanakan siri latihan ketenteraan di seberang Semenanjung Gaza sebagai persediaan untuk menghalang sebarang serangan Israel berskala penuh yang mungkin dilakukan terhadap penghuni di Semenanjung Gaza.