8 Rakyat Palestin Terbunuh di Gaza.


Jumaat, 28/09/07 –
Lapan rakyat Palestin telah terbunuh di Semenanjung Gaza petang semalam dalam dua serangan berasingan oleh Israel; 5 daripada mereka telah terbunuh dalam serangan udara Israel dan 3 lagi melalui kereta kebal.


Di bandar Gaza satu serangan udara Israel telah mensasarkan sebuah kereta yang membawa aktivis-aktivis gabungan daripada kumpulan bersenjata Islam yang membunuh 5 daripada mereka.

Sumber perubatan menyatakan mayat mangsa yang tubuhnya hancur teruk di bawa ke Hospital Shifa di bandar Gaza.Jenayah lain yang berlaku di utara Semenanjung Gaza ialah satu kereta kebal Israel tangki melancarkan tembakan terhadap sebuah rumah rakyat Palestin dari kalangan keluarga Abu Jarad di Beit Hanoun yang membunuh beberapa orang dan mencederakan sebahagian yang lain.

Ambulans-ambulans didapati sukar untuk ke tempat kejadian, tempat berlakunya kekejaman Israel itu dan di sana wujud laporan-laporan yang bercanggah mengenai bilangan mangsa jenayah tersebut, namun dipercayai tiga orang terbunuh di dalam rumah itu.