4 warga Palestin diculik rejim Zionis di Tebing Barat dan Baitul Maqdis.

Rabu, 22-01-2020 – Rejim Zionis (IOF) pada awal pagi Ahad lalu telah menculik sekurang-kurangnya 14 warga Palestin, termasuk seorang guru wanita, kebanyakannya dari rumah mereka di Tebing Barat dan Baitulmaqdis.

Menurut sumber tempatan, IOF menculik empat belia lelaki yang dikenal pasti sebagai Amr Abu Haneyya, Nidhal Saleem, Mansour Saleem, dan Husam Suwaidan di pusat pemeriksaan tentera antara Nablus dan Qalqilya. Kesemua mereka berasal dari bandar Azzun di Qalqilya.

Dua belia lelaki juga diculik oleh IOF di kem pelarian al-Arroub di al-Khalil dan Osamah Nakhla di bandar Ramallah.

Di Betlehem, IOF telah menculik lima bekas tahanan dari rumah mereka di bandar Beit Fajjar. Mereka dikenali sebagai Anas Dairiya, Awni Taqatiqa, Ahmed Thawabteh, Yousef Dairiya dan Ragheb Dairiya.

Seorang wanita yang dikenali sebagai Rawan Qabbajah turut ditahan semasa serangan IOF di rumah beliau di bandar Tarqumiyah di barat al-Khalil. Beliau adalah seorang guru sekolah dan ibu kepada empat anak.

Di Baitulmaqdis, pasukan polis Israel menculik Arafat Najeeb dan Ameen Saddam, kedua-duanya bekerja sebagai pengawal Masjid Aqsa, dari rumah mereka di bandar suci tersebut.

IOF juga telah menyerbu kediaman-kediaman lain di beberapa kawasan yang berbeza di Tebing Barat, namun tidak membuat sebarang tangkapan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul