Categories
Berita Semasa

PBB seru penamatan sengketa di Gaza.

Selasa, 28-01-2020 – PBB telah menyeru bagi mengangkat sekatan di Jalur Gaza dan mencari penyelesaian bagi penderitaan penduduk Palestin di Tebing Barat dan Baitulmaqdis.

Kenyataan tersebut datang dari sidang akhbar yang berlangsung pada selasa yang lalu oleh jurucakap PBB, Stephane Dujarric di ibu pejabat antarabangsa di New York.

Dujarric berkata, seruan bagi mengangkat persengketaan di Gaza telah dibuat oleh Penolong Setiausaha PBB bagi Hal Ehwal Kemanusiaan dan Timbalan Penyelia Bantuan Kecemasan, Ursula Mueller berikutan lawatan beliau selama 6 hari di Wilayah Palestin yang diduduki.

“Sehingga ada penyelesaian politik yang adil, ia adalah penting bagi masyarat antarabangsa agar terus memberi sokongan yang berterusan dan berkekalan bagi memenuhi keperlluan rakyat Palestin yang paling lemah,” jurucakap PBB memetik kenyataan Mueller.

“Negara anggota mestilah terus menyokong bantuan kemanusiaan di Gaza dan Tebing barat. Pada masa yang sama, mereka haruslah berusaha untuk menghidupkan dialog politik dan menggalakkan penyelesaian jangkamasa panjang bagi menangani krisis tersebut,” tambah Muller. 

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : hanafi