Rice Tidak Kritik Israel ?


Jumaat, 28/09/07 –
Dalam siri lawatannya ke Timur Tengah, Menteri Luar Amerika, Condoleezza Rice tidak mengkritik keputusan Israel menganggap Ghaza sebagai entity musuh, cuba beliau menyatakan bahawa Ghaza akan bergabung dengan Tebing Barat bagi membantuk “negara Palestin akan datang.

Rice berkata di dalam sidang media yang diadakan oleh rakan sejawatnta dari Israel, Tsippi Levni selepas perbincangannya di Baitul Maqdis tamat, “Hamas sebenarnya adalah sebuah entiti musuh. Ia adalah entity musuh kepada Amerika Syarikat juga”.

Rice hari ini dikatakan bertemu di Ramallah di Tebing Barat dengan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas serta Perdana Mentertinya, Sallam Fayyad.

Majlis kebinet kecil bagi hal ehwal keselamatan dan politik di dalam kerajaan Israel telah memutuskan semalam bahawa Ghaza di putuskan dari daripada Israel secara keseluruhannya sambil menganggapnya sebagai entity musuh sementara Amerika pula menyokong keputusan itu.

Antara langkah yang dicadangkan supaya Ghaza dipisahkan adalah “memutuskan bekalan elektrik, air, bahan api secara beransur-ansur di samping menutup pintu masuk sempadan, melarang mengeluarkan barang, memindahkan rakyat ke Ghaza yang mana agensi pertolongan dibenarkan masuk ke Ghaza melalui Mesir sahaja.