Israel Dakwa Puluhan Belon Api Dilancarkan dari Gaza

Jumaat, 07-02-2020 – Sumber media Israel pada Selasa malam (4/2/2020) mendakwa bahawa puluhan belon api terlihat di ruang udara wilayah penempatan Israel di pinggiran Semenanjung Gaza.

Saluran televisyen Israel “Kan 11” mengatakan, bunyi ledakan terdengar di wilayah Sderot, disebabkan oleh peledak yang dikaitkan dengan belon api

Sementara itu belon-belon lain kelihatan di Kibbutz Dvir, Lahavim di Negev, Hebron selatan dan di Kibbutz Nir yang berada di pinggiran Semenanjung Gaza.

Sumber media Israel mengatakan, puluhan belon kelihatan di ruang udara pinggiran Gaza dan wilayah selatan dalam pelbagai bentuk dan sarat dengan bahan peledak.

Pada petang Selasa, terdengar dua ledakan kuat di ruang udara Sderot. Awalnya disangka roket, namun diketahui kemudian bahawa terjadi letupan belon.

Surat khabar Israel Yediot Aharonot juga mengatakan, tentera Israel mengerahkan para penembak tepat di sempadan Semenanjung Gaza untuk menghalang belon-belon berpeledak tersebut masuk ke wilayah Israel di pinggiran Semenanjung Gaza.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman