Categories
Berita Semasa

Al Mahdi : Pertemuan Burhan & Netanyahu bercanggah dengan kepentingan Sudan.

Jumaat, 07-02-2020 – Sadiq al-Mahdi, ketua parti politik Umma, mengutuk pertemuan ketua majlis kedaulatan Sudan Abdul-Fattah al-Burhan dengan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu yang berlaku di Uganda pada Isnin lalu, mengatakan ia bertentangan dengan kepentingan nasional, negara Arab mahupun kepentingan antarabangsa.

Dalam satu sidang akhbar pada hari Selasa, Mahdi menyifatkan pertemuan oleh pegawai-pegawai Sudan berkenaan sebagai “melanggar garis merah,” amaran bahawa isu ini perlu ditangani dengan bijak, jika tidak ia boleh menular menjadi sumber ekstremisme.

Beliau juga berkata bahawa beliau akan mendapatkan butiran mengenai pertemuan Burhan dengan Netanyahu.

Pemimpin Parti Umma menuduh Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu sebagai bersifat perkauman kerana memanggil Israel sebagai sebuah negara Yahudi, dan mengatakan bahawa dasar-dasar beliau melanggar semua resolusi antarabangsa mengenai Palestin dan bertentangan dengan konsep keamanan yang adil dan menyeluruh di Timur Tengah.

Di dalam suatu kenyataan lain, Parti Komunis Sudan turut mengecam pertemuan itu, dan menyifatkannya sebagai “pengkhianatan” terhadap rakyat Sudan dan rakyat Palestin.

Berita mengenai pertemuan Burhan-Netanyahu telah mencetus tunjuk perasaan oleh sejumlah besar rakyat Sudan di luar ibu pejabat kerajaan di Khartoum pada hari Selasa. Penunjuk perasaan telah mengutuk perjumpaan itu dan menyifatkannya sebagai “pengkhianatan yang tinggi”.

Jurucakap kerajaan yang juga Menteri Penerangan Sudan, Faisal Mohamed Saleh, mendakwa bahawa kabinet hanya mengetahui mengenai pertemuan tersebut melalui media dan tidak dirujuk terlebih dahulu. “Kami akan menunggu penjelasan lanjut selepas Burhan pulang dari Ugandaā€¯, katanya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul