Serangan Udara Dan Tank Israel Sasar Beberapa Lokasi Di Gaza

Selasa, 11-02-2020 – Pesawat tempur dan tank Israel menggempur sejumlah kawasan berbeza di Gaza, Isnin pagi (10/2).

Menurut wartawan kami, sejumlah pesawat Israel melancarkan serangan ke pelabuhan baru di Khanyunis barat menggunakan 3 buah roket. Ia menimbulkan bunyi ledakan kuat dan terdengar di seluruh bandar.

Pesawat tempur Israel melancarkan serangan ke kawasan latihan milik pejuang Palestin di Der Balah barat. Mereka menggunakan dua buah roket secara berturut-turut sebelum kemudiannya disusuli dengan serangan seterusnya.

Sementara itu di Gaza utara, pasukan Israel menembak kawasan latihan milik pejuang dengan menggunakan tank tempur ke Jabalia timur.

Pihak wartawan kami menjelaskan, tiada yang terkorban mahupun cedera akibat serangan tersebut.

Pada petang Ahad, pasukan Israel memaklumkan bahawa sebuah roket ditembak dari Gaza dan jatuh di salah satu penempatan Zionis di sekitar Gaza.

Sejak 2006 Gaza disekat Israel dan ia menimbulkan krisis kemanusiaan di segenap sektor kehidupan. Pelbagai usaha dilakukan untuk menghapus sekatan namun belum belum mencapai kejayaan.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman