Facebook memadamkan laman Pusat Maklumat Palestin

Selasa, 11-02-2020 – Pada Sabtu, Facebook memadamkan laman alternatif Pusat Maklumat Palestin (PIC) setelah memadamkan laman rasmi yang mempunyai 5 juta pengikut dan dua laman lain pada Disember sebagai salah satu langkah menghalang kandungan berkaitan Palestin di media sosial.

Pentadbiran PIC berkata yang pemadaman laman itu dilakukan tanpa makluman awal atau amaran sedangkan kandungannya mematuhi peraturan Facebook.

PIC menyeru Facebook agar menarik balik keputusannya dan menghentikan tindakan menghalang sebarang kandungan tentang Palestin di rangkaian antarabangsa. PIC turut menyatakan yang langkah-langkah sewajarnya telah diambil untuk mengembalikan laman itu. 

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati