Rejim Israel sekat ekspot hasil pertanian penduduk Palestin.

Selasa, 11-02-2020 – Menteri Perang Israel, Naftali Bennett mengarahkan supaya keluaran hasil pertanian penduduk Palestin disekatĀ  dari dibawa ke Jordan, Tebing Barat merupakan satu-satunya laluan terus ke pasaran luar.

Akhbar Haaretz memetik Penyelaras Aktiviti Kerajaan di Wilayah Jajahan sebagai berkata bahawa mulai 9hb. Februari, 2020semua hasil pertanian penduduk Palestin tidak dibenarkan di ekspot ke pasaran luar melalui Jordan. 

Langkah itu sebagai satu bentuk sekatan yang diambil pihak rejim ke atas Palestin ekoran tindakan pihak Palestin mengurangkan impot anak lembu dari Israel. Minggu lepas, pihak rejim telah membuat keputusan menghentikan impot hasil pertanian dari Palestin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin