Categories
Berita Semasa

Tentera rejim Israel serbu Isawiya, tahan warga Palestin.

Rabu, 12-02-2020 – Tentera rejim Israel menahan seorang warga Palestin dari bandar Isawiya, utara Kota Baitulmaqdis.

Saksi berkata bahawa tentera rejim mengeledah kawasan perumahan Obeid di bandar Isawiya dan menahan Mohammed Tutanji.

Tentera rejim ketika ini meningkatkan tindakan geledah dan operasi tangkap di wilayah Baitulmaqdis  dan Tebing Barat susulan serangan penduduk Palestin selepas pengumuman “deal of the century.”

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin