Paksa roboh rumah sendiri

Rabu, 12-02-2020 – Pihak berkuasa rejim zionis (IOA) pada Ahad mengarahkan satu keluarga Palestin di kejiranan Jabal al-Mukabber di Baitulmuqaddis agar memusnahkan rumah mereka.

Sumber tempatan menyatakan yang IOA mengarahkan keluarga al-Dibs agar memusnahkan rumah mereka atas dakwaan ia tidak berlesen. Ataupun IOA akan memusnahkan rumah mereka tetapi mereka perlu membayar sejumlah denda yang banyak.

Rumah itu yang dibina empat tahun lalu dihuni satu keluarga yang terdiri daripada lima orang.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nur idawati