Categories
Berita Semasa

Pendatang Yahudi banjiri Masjid Aqsa, sekatan makin ketat untuk penduduk Palestin.

Jumaat, 14-02-2020 – Beratus pendatang haram Yahudi menceroboh masuk ke dalam Masjidil al-Aqsa dengan kawalan dan kehadiran ramai anggota polis rejim, sebaliknya sekatan semakin ketat dikenakan ke atas penduduk Islam Palestin yang ingin menunaikan ibadat di masjid tersebut..

Jabatan Wakaf Islam Baitulmaqdis berkata, polis rejim membenarkan 123 pendatang Yahudi menceroboh masuk masjid Aqsa pagi tadi.

Pendatang Yahudi itu melakukan ibadat mengikut ajaran Talmud dan berkeliaran di halaman masjid Aqsa sambil diberi penerangan mengenai dakwaan di situ letaknya “Kuil Suci Yahudi”.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin