Categories
Berita Semasa

14 warga Palestin cedera dalam protes menentang Deal of Century

Jumaat, 14-02-2020 – Sekurang-kurangnya 14 orang warga Palestin cedera pada Selasa ketika pertelingkahan dengan tentera rejim Israel (IOF) rentetan demonstrasi menentang Deal of the Century dekat kota al-Bireh.

Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin berkata 14 warga Palestin dirawat kerana cedera yang diakibatkan oleh peluru besi bersalut getah dan gas pemedih mata yang ditembak oleh IOF.

Sumber tempatan menyatakan yang pertelingkahan tercetus di antara tentera IOF dan pemuda Palestin yang menyertai perarakan menentang “deal of the century” di kemasukan utara Kota al-Bireh. 

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati