8 orang dari Tebing Barat & Baitul Maqdis telah diculik.

Isnin, 17-02-2020 – Rejim Zionis IOF telah menculik lapan warga Palestin dari rumah mereka di Tebing Barat dan Baitulmaqdis di waktu subuh Khamis lalu.

Menurut sumber-sumber tempatan di Tebing Barat, IOF telah menyerbu kem pelarian al-Deheisheh di selatan Bethlehem dan menculik tiga warga Palestin dari rumah mereka. Mereka dikenali sebagai Bilal al-Debs, Muhanad al-Debs dan Wajdi Daraghmeh.

Di bandar Ramallah, IOF menyerbu beberapa rumah di kawasan kejiranan Taira dan merampas rakaman kamera keselamatan, lantas menimbulkan pergaduhan dengan belia tempatan.

Tiga pemuda Palestin cedera akibat peluru getah manakala sebilangan yang lain terdedah terhadap kesan gas pemedih mata semasa pertempuran di kejiranan di Taira.

Pertembungan serupa juga berlaku di bandar Beitunia dekat Ramallah, di mana IOF telah menculik seorang belia lelaki bernama Ahmed al-Malehi.

IOF juga menyerbu rumah di kampung Beit Sira, barat Ramallah, dan menculik seorang pemuda yang dikenali sebagai Abdullah Abu Safiya.

Di timur Baitulmaqdis, pasukan polis Israel menculik tiga belia Palestin selepas menyerang mereka secara fizikal. Mereka dibawa ke pusat tahanan di Jalan Salahuddin dan dijadualkan dibicarakan semalam.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul