Tahanan Alaa Hems menderita masalah kesihatan yang serius

Isnin, 17-02-2020 – Tahanan Palestin Alaa al-Hems, dari Semenanjung Gaza menderita masalah kesihatan yang serius akibat tidak dirawat di penjara Israel.

Menurut Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan bekas Tahanan Palestin, Hems tiada masalah kesihatan serius sebelum ditahan tetapi keadaannya mejadi semakin teruk ketika ditahan di penjara Israel.

Beliau telah lama menderita akibat tuberculosis yang kemudiannya mengakibatkan masalah paru-paru setelah beliau mengambil ubat yang diberikan oleh doktor Israel.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati