Halangan di jalan Israel masih berlangsung di barat laut Ramallah

Rabu, 19-02-2020 – Tentera rejim Israel berterusan untuk hari keenam mengenakan sekatan keselamatan yang ketat terhadap pergerakan warga Palestin di jalan-jalan dekat perkampungan dan bandar di barat laut Ramallah.

Menurut sumber tempatan, IOF menutup jalan menuju ke barat laut Ramallah, membina pusat pemeriksaan dan menghalang pergerakan warga Palestin dan kenderaan mereka.

Sekatan tersebut menyebabkan kesesakan jalan raya yang teruk, terutamanya ketika warga Palestin pergi dan balik dari tempat kerja dan sekolah.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati