Kadar Pengangguran Gaza Meningkat 70%

Rabu, 19-02-2020 – Ketua Jawatankuasa Rakyat Melawan Sekatan, Jamal al-Khudri, menegaskan bahawa keadaan di Semenanjung Gaza sangat sukar. Sekatan Israel meningkatkan kadar pengangguran dalam kalangan pemuda hingga 70%. Angka yang menakutkan dan mengejutkan, mencerminkan realiti krisis kemanusiaan yang dialami rakyat Palestin.

Dalam sebuah pernyataan akhbar yang dikeluarkan pada hari Isnin (17/2/2020), Al-Khudri menegaskan bahawa berlanjutnya sekatan yang sudah berlangsung selama tiga belas tahun berturut-turut dan diselingi dengan 3 kali peperangan. Ia memberi tekanan dan penurunan kerja di pelbagai sektor ekonomi, perusahaan dan sektor perniagaan, memberi kesan besar terhadap tahap pengangguran yang tinggi.

Beliau menyatakan bahawa penutupan kilang, bengkel dan kedai terjadi hampir setiap hari yang memberi kesan terhadap kaum muda dan pekerja. Di mana 300,000 pekerja menganggur dan puluhan ribu lulusan sekolah dan universiti tanpa ada harapan.Beliau mengatakan, “Sepanjang sekatan berlangsung, situasi ekonomi runtuh dan tidak ada solusi tuntas, maka prospek bagi kaum muda pada umumnya hampir tertutup dan ini adalah apa yang kita tidak inginkan terjadi.”

Al-Khudri menyatakan bahawa yang diperlukan pada ketika ini adalah dengan melakukan terapi masuk akal yang meringankan krisis dengan menyokong projek-projek pemberdayaan jarak jauh. Ini merupakan langkah inovatif yang dimulai di Gaza yang harus disokong dan dikembangkan.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman