Syria Tegas Hak Mereka Bertindak Balas Ke atas Israel.

src="http://www.repubblica.it/2006/11/sezioni/esteri/medio-oriente-26/parla-assad/stor_94

09723_24330.jpg" align="left" width="110" height="150">
Selasa, 09/10/07 -
Presiden Syria, Basyar Al Asad berkata, pesawat Israel yang telah menyerang kem-kem tenteranya bulan lepas, tidak lagi digunakan di negaranya.

Namun begitu, tambahnya di dalam temubual dengan stesen penyiaran Britain, BBC bahawa Syria tidak berhasrat untuk melancarkan serangan dalam masa terdekat ini ke atas Israel sebagai membalas terhadap pencabulan Israel itu sambil menegaskan, beliau tidak mahu mencacatkan peluang mengadakan rundingan damai dengan Israel.

Kata beliau, serangan udara Israel itu di utara Syria telah menimbulkan permusuhan Israel terhadap perdamaian.

Ini dikira ulasan pertama oleh Presiden Syria berhubung serangan udara Israel ke atas Syria yang mana ia menimbulkan telahan bahawa pesawat gempur itu telah membedil senjata yang di dalam perjalanan ke arah pusat Hizbullah ataupun, perkakasan nuclear dari Korea Utara yang dihantar ke Syria.

Sementara itu, Presiden Syria mengesahkan bahawa negaranya tidak akan menghadiri sidang kemuncak perdamaian di Timur Tengah yang diselia oleh Amerika Syarikat jika persidangan itu tidak memasukkan agenda penawanan Israel ke atas Bukit Golan kepunyaan Syria sejak tahun 1967.