Israel Bina Stesyen Kereta Bawah Tanah Dekat Tembok Barat Al-Aqsa

Jumaat, 21-02-2020 – Jurucakap Kementerian Perhubungan Israel menegaskan bahawa “Jawatankuasa Infrastruktur Nasional” Israel telah bersetuju membangunkan stesyen kereta berdekatan Tembok Al-Buraq (tembok barat Masjid al-Aqsha) di Kota Tua al-Quds yang diduduki penjajah Israel.

Menteri Pengangkutan Zionis, Biszil Smotrich, menyebut keputusan “Jawatankuasa Infrastruktur Nasional” Israel tersebut sebagai keputusan yang “bersejarah”.

Di sisi lain, Pengarah Pusat al-Quds untuk Hak Sosial dan Ekonomi, Ziyad Al-Hamouri mengatakan bahawa projek ini dan semua projek-projek lain penjajah Israel di sekitar Kota Tua bertujuan hanya untuk melayani penduduk Yahudi di kota tersebut dengan mengorbankan penduduk Palestin. Beliau menambah, “Israel ingin menarik pelancong dan perusahaan ke bandar terowong yang sedang dibina di bawah Kota Tua.

Media-media Israel menjelaskan bahawa pelancaran kereta ekspres ini dimulakan dari Stesyen Yitzhak Navon di pintu masuk kota al-Quds ke Tembok Al-Buraq, semua laluannya akan melalui bawah tanah.

Laluan ini terbentang dari bawah jalan Jaffa Street di al-Quds, pada kedalaman sekitar 80 meter dari Stesyen Navon Yitzhak hingga kedalaman 50 meter ketika mencapai stesyen Tembok Al-Buraq, yang akan diberi nama Stesyen Donald Trump.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman