Hamas Dan Fatah Bermesyuarat di Beirut.

src="http://d.yimg.com/us.yimg.com/p/nm/20070313/2007_03_13t134831_333x450_us_pal

estinians.jpg" align="left" width="110" height="150">
Selasa, 09/10/07 -
Ahli pertubuhan Hamas yang berpengaruh berkata, satu mesyuarat rahsia telah diadakan antara ahli biro politik pertubuhan itu, Muhammad Nizal dan Jibril Al Rojub, penasihat Presiden Palestin merangkap ahli majlis revolusi pertubuhan Fatah.

Pemimpin itu yang enggan mendedahkan identitinya menambah di dalam perbualan dengan Aljazeera.net dari ibu negara Lubnan bahawa mesyuarat tersebut diadakan di Beirut pada bulan lalu bagi membincangkan mengenai isu untuk mengadakan perbincangan antara Fatah dan Hamas serta persepakatan bagi mengkaji isu tersebut ke atas para pemimpin dua pertubuhan ini.

Agensi Quds Press memetik dari sumber yang boleh dipercayai sebagai berkata, langkah mengadakan rundingan antara kedua-dua pertubuhan itu menghasilkan pertemuan yang tidak didedahkan antara dua pertubuhan tersebut di Beirut tiga minggu yang lalu.

Sumber tersebut berkata, perbincangan yang diadakan dengan penuh ketelusan antara pemimpin itu telah melenyapkan banyak kekeliruan antara dua pertubuhan tersebut, namun ia tidak memutuskan perkara itu lagi.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.