Syria Desak Masukkan Isu Bukit Golan Dalam Sidang Damai.

src="http://img.search.com/thumb/d/df/Bashar_al-Assad_on_Charlie_Rose.jpg/250px-Bash

ar_al-Assad_on_Charlie_Rose.jpg" align="left" width="110" height="100">
Selasa, 09/10/07 -
Presiden Syria, Basyar Al Asad menegaskan bahawa negaranya tidak akan menghadiri persidangan damai antarabangsa di Timur Tengah yang diselia oleh Amerika Syarikat jika isu penawanan Israel ke atas tanah tinggi Golan di Syria sejak tahun 1967 tidak dibincangkan

Namun, beliau menegskan bahawa Syria masih lagi memerlukan banyak penjelasan berhubung persidangan itu sebelum mengambil keputusan menghadirinya atau pun tidak.

Sehubungan dengan itu, Presiden Syria pernah berkata, pesawat gempur telah menyerang kem askar di negara itu yang telah ditinggalkan pada bulan lalu.

Namun begitu, beliau menambah di dalam temubual stesen penyiaran Britain BBC bahawa Syria tidak berhasrat untuk melancarkan serangan dalam masa terdekat ini ke atas Israel sebagai membalas pencabulan Israel tersebut sambil menegaskan bahawa beliau tidak mahu mencacatkan persidangan damai dengan Israel.