Israel mulakan kembali serangan udara ke Gaza

Selasa, 25-02-2020 – Sejumlah warga Palestin cedera, akibat rangkaian serangan yang dilancarkan pesawat tempur Israel ke Semenanjung Gaza, Ahad (23/2).

Kementerian kesihatan di Gaza memaklumkan 4 mangsa cedera dan dibawa ke Hospital Al-Syifa, akibat serangan udara Israel ke kota Gaza.

Antara rangkaian serangan pesawat tempur Israel adalah di Hithin milik Saraya Al-Quds di Khanyunis Barat, kawasan Thuffah di Gaza.Dua orang tercedera akibat serangan Israel ke Rafah. Serangan meningkat sehingga 18 kali ke kawasan Muhajir.

Israel melancarkan serangan menggunakan pesawat pengintai ke kawasan Shujaiyah di Gaza timur. Pesawat tempur Israel turut melancarkan serangan ke kawasan latihan Jihad Islami di Khanyunis Barat dan kawasan Muhajir di Rafah, menggunakan 3 buah roket. Pesawat helikopter Israel turut melepaskan 2 buah roket ke kawasan Ain Jalut, Barat daya Khanyunis.

Sebelum itu, Saraya al-Quds sayap militan gerakan Jihad Islami melancarkan tembakan roket ke sejumlah penempatan Israel di sekitar Gaza sebagai respon atas penahanan jenazah syahid Muhammad Naim, selepas terbunuh di Khanyunis timur.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman