MESTI BACA : Ucapan Aktivis Hamas di Indonesia.

Pada hari Jumaat, 28 September 2007 bersamaan 17 Ramadhan 1428 H, Indonesia menerima kunjugan seorang pejuang Palestine yang istimewa. Syeikh Abu Bakar pernah ditangkap sebanyak 5 kali oleh tentera Zionis sehingga mengakibatkan beliau buta. Beliau yang datang sebagai memenuhi jemputan Eramuslim (http://www.eramuslim.com/) dalam Majlis Iftar Jama’iy itu mengenakan pakaian gamis putih dan turut memberikan ucapan kepada hadirin.

Bismillahirahmanirahiim, Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Saya mencintai kamu semua karena Allah, mengapa saya mencintai kalian karena Allah? Karena kalian hamba-hamba-Nya, yang berpuasa, yang mendirikan solat lima waktu, yang memberi sedeqah, mengeluarkan zakat, serta beramal hanya kerana Allah, ikhlas. Dan jangan lupa, “Sesungguhnya kemenangan kaum Muslimin itu semata-mata hanya kerana ketaatan kita kepada Allah SWT. Jika kita jauh dari Allah dan tidak taat kepada Allah, maka kemenangan akan menjauhi kita. “Saya teringat suatu pesan dari Umar ibn Khattab kepada Saad Abi Waqqash yang mengatakan bahawa nasab kita hanya dihitung jika kita taat kepada Allah. Sesungguhnya, kita dengan musuh-musuh kita adalah sama. Yang membezakannya hanyalah mereka bermaksiat dan tidak beriman kepada Allah, sedangkan kita—mengapa kita perlu menang atas kaum kafir dan musuh-musuh Allah, semata-mata kerana kita beriman dan taat kepada Allah. Jika kita melakukan kemaksiatan seperti yang mereka lakukan, maka kita akan kalah dan terhina di hadapan kaum kuffar. “Sesungguhnya kemenangan itu tidak akan datang kecuali atas izin pemiliknya, iaitu Allah yang Maha Bijaksana dan Maha Pemberi.”

Saya di sini berbicara kepada anda semua atas nama bangsa Muslim Palestine yang dijajah oleh Zionis-Israel, saya juga berbicara di hadapan kalian ini atas nama pejuang-pejuang Palestine, iaitu HAMAS, saya juga berbicara di hadapan kalian atas nama seluruh ulama-ulama Palestine yang diusir dari negaranya, saya akan memberikan beberapa maklumat terkini tentang apa yang terjadi terhadap kaum Muslimin Palestine:

Pertama, sekarang terdapat lebih dari 7000 keluarga syuhada yang ditinggalkan oleh suaminya atau anaknya atau keluarganya yang syahid, iaitu dari intifada pertama hingga intifada kedua.

Yang kedua, sekarang terdapat lebih dari 50,000 kaum Muslimin Palestine yang terluka dan cacat akibat penangkapan dan penyiksaan yang dilakukan kaum Zionis-Israel. Saya juga ingin menyatakan kepada kalian semua kaum Muslimin, sekarang terdapat lebih dari 12,000 orang tawanan yang masih berada di penjara-penjara Israel. Mereka mengalami berbagai penyiksaan bahkan banyak yang sampai menemui syahid atau cacat seperti saya.

Saya juga ingin menyatakan bahawa ada lebih dari 10,000 rumah kaum Muslimin Palestine itu dihancurkan oleh tentara Zionis Israel dan sekarang ini kami dipisahkan dengan adanya pembangunan tembok-tembok pemisah yang sangat kukuh dan tingginya sampai 10 meter. Sehingga sekarang ini kami dipisahkan dari rumah-rumah kami, kami dipisahkan dari hospital kami, kami dipisahkan dari universiti-universiti kami, dari jiran-jiran kami sehingga kaum perempuan kami pun untuk melahirkan anak di hospital pun tidak boleh. Ramai wanita-wanita kami terpaksa melahirkan anak di pinggir-pinggir jalan sahaja atau pun di perbatasan-perbatasan yang sengaja dibuat oleh tentara-tentara Zionis-Israel.

src="http://tharwacommunity.typepad.com/tharwa_review/images/2007/04/17/chains.jpg"

align="right" width="300" height="200">



Sekarang ini terdapat 500,000 kaum Muslimin Palestine yang tidak boleh bekerja kerana cacat dan lumpuh seumur hidup disebabkan penyiksaan yang dilakukan oleh tentera Zionis ke atas kami.
Dahulu kami, sekitar 500,000 Muslim Palestine boleh menunaikan solat berjamaah di Masjidil Aqsa, tetapi sekarang kami hanya boleh melakukan solat di Masjidil Aqsa sekitar 50,000 orang sahaja itu pun dengan satu syarat iaitu mestilah berusia 50 tahun ke atas.

Dan perlu diketahui juga bahawa sekarang ini Al-Aqsa sedang berteriak memanggil umat Islam yang berada di seluruh dunia kerana sekarang ini Al-Aqsa tinggal masa menunggu keruntuhannya. Di bawah Al-Aqsa, Zionis-Israel telah melakukan penggalian di sana-sini, kononnya untuk di buat parit-parit dan sebagainya, yang akhirnya jika Al-Aqsa akan runtuh dan di atasnya akan dibangunkan kembali Haikal Sulaiman.

Wahai Saudaraku, selamatkanlah Al-Aqsa, kerana Al-Aqsa ini akan segera runtuh jika kaum Muslimin tidak segera membantunya. Saya juga akan menyampaikan khabar tentang pejuang-pejuang kaum Muslimin Palestine, terutama HAMAS:

Pertama, kami sesungguhnya telah berjaya di dalam pilihanraya umum, HAMAS berjaya memenangi kerusi parlimen dengan memperolehi 60% dan kami juga berjaya mengusir keluar tentera Zionis-Israel dari Semenanjung Gaza yang panjangnya 350 kilometer, sehingga kini tentara Zionis-Israel tidak mampu lagi untuk masuk ke Semenanjung Gaza walau hanya sejengkal pun. Allahu Akbar!

Kedua, Dan kami juga ingin menyampaikan berita bahawa kami telah kembali membangunkan hospital-hospital, universiti-universiti Islam di Gaza, dan kami juga berjaya dengan dakwah dan tarbiyah kami sehingga kami dapat menciptakan generasi-generasi Islam yang dekat dengan Al-Qur’an dan As sunnah Rasulullah SAW.

Saya sendiri kuatir, bukan kuatir dengan pejuang-pejuang, para mujahidin Palestine, tetapi saya kuatir dengan diri saya dan kalian semua yang ada di Indonesia yang sekarang masih menunggu di jalan jihad. Kita sedang menunggu untuk sampai tiba di sana, tetapi mereka telah ada di sana dan menunggu untuk boleh mendapat syahid atau hidup mulia. Jika kita semua ingin tiba di sana, berdoalah kepada Allah dan tetaplah istiqamah sehingga nantinya kita termasuk orang-orang yang dipilih Allah untuk membebaskan al-Aqsa dan kita boleh melaksanakan solat berjamaah di sana dengan aman. Mungkin ini saja dari saya,

Wa bilahi taufiq wal hidayah, Wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.