Hamas: Kebodohan Israel di Gaza akan berbalas

Khamis, 27-02-2020 – Gerakan Hamas telah memberi amaran terhadap sebarang tindakan bodoh oleh rejim zionis ke atas warga Palestin dan penentang mereka di Semenanjung Gaza akan mengena semula kepada mereka.

Dalam kenyataannya pada Ahad malam, jurucakap Hamas Fawzi Barhoum menyatakan rejim bertanggungjawab sepenuhnya setelah ia melakukan jenayah kejam yang melampaui batas apabila mereka membunuh pemuda Mohamed al-Na’im, dan mencemarkan tubuhnya.

“Tindak balas ini adalah normal hasil daripada jenayah zionis yang berterusan ke atas rakyat Palestin”, kata jurucakap itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati