Pendatang Yahudi racun ladang Gandum milik penduduk Palestin di Lembah Jordan.

Khamis, 27-02-2020 РPendatang haram Yahudi menyembur racun kimia bagi memusnahkan ladang Gandum milik petani Palestin berhampiran perkampungan  al-Sakout, utara Lembah Jordan.

Aktivis Hak Asasi Manusia, Arif Baraghmeh berkata bahawa pendatang bertindak menyembur racun rumput dan kemudian membakar ladang Gandum berkeluasan kira-kira 12 dunums (ekar).

Beliau juga berkata, perbuatan pendatang Yahudi menyerang petani warga Palestin di Lembah Jordan itu susulan rancangan besar-besaran rejim Israel memaksa penduduk Palestin keluar dari kawasan tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin