Delegasi Hamas diketuai oleh Haneyya akan melawat Moscow tidak lama lagi

Khamis, 27-02-2020 – Delegasi peringkat tinggi dari Gerakan Hamas yang diketuai oleh ketua biro politiknya, Ismail Haneyya dijangka melawat ibukota Rusia, Moscow, awal minggu depan.

Sumber maklumat memberitahu Pusat Maklumat Palestin (PIC) bahawa Haneyya dijadual bertemu menteri luar negeri Rusia, Sergey Lavrov pada 2 Mac.

Timbalan ketua biro politik Hamas Saleh al-Aruri baru-baru ini memberitahu saluran satelit al-Aqsa bahawa Haneyya akan melawat Moscow dalam beberapa hari akan datang.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor syuhada