October 10, 2007

Boikot Persidangan Israel-Amerika November Ini.

Written by

src="http://www.palestine-info.co.uk/en/DataFiles%5CCache%5CTempImgs%5C2007%5C2

%5Cimages_News_2007_10_09_olmert3_300_0.jpg" align="left" width="110"

height="100">
Rabu, 10/10/07 -Pergerakan Hamas telah memanggil semua pihak yang bersimpati dengan nasib rakyat Palestin untuk memboikot persidangan musim gugur yang dihadiri presiden George AS Bush pada November ini seperti dinyatakan oleh Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert.

Dr. Sami Abu Zuhri, salah seorang jurucakap Hamas di Semenanjung Gaza berkata dalam satu siaran akhbar bahawa kenyataan Olmert yang mahu mengakhiri perjanjian dengan rakyat Palestin sebenarnya masih jauh dan dipenuhi dengan rintangan-rintangan daripada rejim Zionis dan bukan bersedia untuk memberi apa-apa nilai politik terhadap penduduk Palestin.

Rejim Zionis hanya mengeluarkan ungkapan yang penuh berhati-hati, kenyataan berbaur politik yang kosong daripada kandungan yang konkrit, kata beliau.

Jurucakap itu juga berkata dalam keadaan politik demikian yang mudah dikendalikan oleh pihak rejim Zionis , Hamas menyeru kepimpinan PA untuk mempertimbang semula kedudukannya dalam persidangan itu kerana penyertaan seumpama itu bermakna satu penglibatan dalam cubaan membubarkan Palestin boleh berlaku.

Abu Zuhri juga memanggil semua negara Arab yang bersimpati untuk memboikot persidangan musim gugur itu dan mengambil pendirian tegas untuk mempertahankan Palestin daripada dibubarkan.

Category : Uncategorized

Proudly powered by WordPress and Sweet Tech Theme