Polis rejim Zionis tahan ahli geografi Palestin di Baitul Maqdis

Jumaat, 28-02-2020 – Polis rejim Zionis Israel pada Rabu lalu telah menahan Khalil Tafakji, seorang pakar penempatan Palestin dan GIS serta pengarah Persatuan Pengajian Arab di Baitulmaqdis.

Sumber tempatan menyatakan bahawa polis Israel telah memecah masuk dan menggeladah rumah Tafakji dan kemudiannya beredar setelah menahan beliau.

Polis Israel turut menyerbu rumah ketua Dewan Perniagaan Baitulmaqdis Kamal Obeidat sambil menimbulkan kacau bilau.

Tafakji pernah menjadi ketua jabatan pemetaan di Orient House di Baitulmuqaddis, yang kemudiannya telah ditutup oleh pihak rejim Zionis pada tahun 2001.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul