Penduduk Palestin cedera selepas pendatang Yahudi desak masuk makam Nabi Yusof.

Jumaat, 28-02-2020 – Sejumlah warga Palestin cedera terkena peluru dan bom gas yang ditembak tentera rejim selepas berlaku pertembungan dengan sekumpulan pendatang haram Yahudi yang mendesak masuk ke tapak makam Nabi Yusof yang terletak di timur Bandar Nablus, Tebing Barat.

Sumber tempatan melaporkan bahawa anggota tentera rejim Israel mengiringi kira-kira 2000 pendatang Yahudi pergi ke tapak makam itu menyebabkan tercetusnya pergaduhan dengan penduduk tempatan warga Palestin.

Penduduk Palestin bertindak menutup jalan menuju kawasan itu dengan melonggokkan tayar kereta sementara tentera rejim melepaskan tembakan peluru bersalut getah, gas pemedih mata dan bom bunyi.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin