Penduduk Gaza Terus Ditekan Rejim Zionis.

src="http://image.guardian.co.uk/sys-images/Guardian/Pix/pictures/2007/06/20/ha1.jpg"

align="left" width="150" height="100">
Selasa, 23/10/07 -
Pergerakan Hamas Isnin lalu meminta masyarakat dunia untuk campur tangan serta melindungi penduduk Palestin di Semenanjung Gaza daripada usaha penghapusan bangsa Israel yang sistematik bermula dengan sekatan yang ketat dikenakan ke atas mereka lebih 16 bulan yang lalu.

Sami Abu Zuhri, jurucakap Hamas di Gaza telah memberi amaran bahawa kondisi perikemanusiaan di Gaza semakin merosot disebabkan oleh kepungan yang ketat.

Beliau berkata barang keperluan mula habis di rak-rak pasar dan kedai manakala bekalan perubatan sedang kehabisan stok hanya untuk pembedahan segera sahaja dan sesetengahnya ditunda disebabkan kekurangan ubat bius.

Jurucakap itu menyeru masyarakat antarabangsa khususnya negara-negara Arab dan Islam untuk merasa tanggungjawab berikutan penghapusan bangsa yang berlaku di hadapan mereka sebelum ia menjadi terlambat. “Kita sedang menyaksikan pembunuhan beramai-ramai di hadapan mata dunia,” kata beliau.

Bagaimanapun, Abu Zuhri menegaskan pengepungan berterusan itu tidak akan memaksa penduduk Palestin untuk menyerah diri atau bersetuju terhadap arahan Israel.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.