Tindakan Keras Penyokong Abbas Dipersoal.


Rabu, 24/10/07 –Pergerakan Hamas Selasa lalu mengutuk pasukan keselamatan PA yang setia kepada Presiden Mahmoud Abbas kerana melakukan keganasan ketika menyuraikan satu perhimpunan aman yang diadakan di bandar Al-Khalil dengan tujuan untuk menyokong banduan-banduan Palestin yang ditahan di penjara Negev Israel.

Pergerakan itu juga menjelaskan penyuraian secara kekerasan itu “memalukan pasukan keselamatan Palestin dan satu pengkhianatan yang jelas terhadap banduan-banduan Palestin”.

“Ia memang sungguh memalukan bagi pasukan keselamatan Abbas yang menggunakan peluru hidup dalam menyuraikan perhimpunan aman anjuran Pergerakan Hamas di bandar Al-Khalil unutk menyatakan kebersamaan dengan tawanan-tawanan Palestin di Penjara Negev”, menurut Fawzi Barhoum, jurucakap Hamas di Semenanjung Gaza, dalam satu kenyataan akhbar yang telah dikeluarkan dan satu salinan yang diperolehi oleh PIC.

Tawanan-tawanan penduduk Palestin di Penjara Negev telah meminta pertubuhan-pertubuhan hak manusia, institusi-institusi di Palestin serta puak-puak penduduk Palestin untuk menyatakan sokongan terhadap mereka dan mendedahkan tindakan-tindakan kejam rejim Zionis pada tawanan-tawanan Palestin itu.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.